Muka

Selasa, 28 Ogos 2012

TEORI PEMBELAJARAN DAN PROSES PEMBELAJARAN










DISEDIAKAN OLEH :
LOGES SUBRAMANIAM
 840722-08-5782


TEORI PEMBELAJARAN DAN


  PROSES PEMBELAJARAN
Teori merupakan satu prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan bagi sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan yang terdiri daripada pengetahuan sedia ada dalam diri seseorang untuk memberi panduan bagi menjalankan penyelidikan dan juga untuk mendapatkan sesuatu maklumat baru. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada lima iaitu behavioris, kognitif, sosial humanistik dan konstruktivis. Konsep pembelajaran pula merupakan perubahan tingkah laku yang berlaku kepada seseorang melalui pengalaman mereka dan juga merupakan bantuan yang diberikan oleh seseorang guru melelui proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukkan sikap dan kepercayaan seorang murid. Dari aspek Psikologi pula pembelajaran merupakan perubahan tetap atau penguasaan ilmu dan perlakuan yang relatif. Relatif pula bermaksud pembelajaran bukan muktamad dan maklumat dikuasai pada masa sekarang boleh diubah dengan maklumat yang didapati pada masa hadapan. Dalam konteks pendiidkan pula guru-guru akan mengajar supaya seseorang murid dapat belajar dan menguasai isi pelajaran sehingga dia mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru tersebut. Di samping itu, pembelajaran begini berlaku sepanjang hayat dan berterusan sepanjang hayat dalam hidup seseorang murid. Proses pembelajaran juga berkait rapat dengan teori-teori pembelajaran yang menjelaskan bagaimana dan mengapa perubahan tingkah laku berlaku.
Para penyelidik sains telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami tingkah laku seorang manusia, cara memperoleh ilmu dan menentukan mengapa seseorang individu itu berkelakuan dalam sesautu cara tertentu dan terdapat pelbagai pembelajaran yang dipelopori oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Teori-teori pembelajaran merujuk kepada huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan sesuatu maklumat. Ia bertujuan untuk mengkelaskan pelbagai pemerhatian yang dibuat dalam pembelajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Terdapat lima kategori ataupun jenis-jenis teori pembelajaran utama iaitu teori behavioris, sosial, humanistik dan juga konstruktivis. Pertama sekali, terdapat beberapa pelopor bagi setiap teori yang dinyatakan di atas ini. Bagi teori behavioris, pelopor-pelopornya adalah Pavlov, Watson, Thorndike dan Skinner . Pelopor – pelopor bagi teori Kognitif pula ialah Kohler, Piaget, Gagne, Bruner dan Ausubel. Teori Sosial pula dipelopori oleh Banbura dan Vygotsky. Teori Humanis dipelopori oleh Carl Rogers, Abraham, Maslow dan Erikson dan yang terakhirnya Piaget, Vygotsky dan Bruner pula merupakan pelopor bagi teori yang terakhir iaitu Konstruktivis.
Teori yang pertama merupakan Teori Pembelajaran Behavioris. Teori ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan secara objektif ke atas pembelajaran pada manusia dan juga haiwan dan teori bahavioris ini menghuraikan pembelajaran sebagai satu penguasaan ilmu yang baru. Teori ini juga mementingkan pembolehubah yang boleh dilihat oleh seseorang, dinilai dan yang boleh dimanipulasikan. Ahli-ahli teori behavioris ini tidak melibatkan diri dengan sesuatu yang berlaku dari kesedaran dalaman seseorang iaitu proses mental. Asasnya teori ini menyarankan kepercayaan iaitu tingkah laku seseorang disebabkan dan dipengaruhi oleh persekitarannya. Hal ini berdasarkan prinsip-prinsip bahawa rangsangan dari persekitaran membawa tindak balas pada tingkah laku seseorang individu. Di samping itu, teori ini juga menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan secara berulang-ulang dilakukan ke atas sesuatu benda ataupun benda hidup sehingga  ia menjadi satu kebiasaan dan tingkah laku yang berulang ini dapat mengekalkan peneguhan. Dalam bentuk pendekatan behavioral ini juga tingkah laku seseorang murid dinilai sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan sesebuah pembelajaran itu memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat memberi respons dan guru-guru diberi pengukuhan. Ahli-ahli pakar behavioris yang terkenal ialah Ivan P Pavlov (1849 – 1963), John B. Watson (1878-1958), Thorndike ( 1874 – 1949) dan B.F. Skinner ( 1904-1990).
Pelopor pertama bagi teori behavioris ini ialah Teori Pelaziman Klasikal Pavlov. Ivan Petrovich Pavlov ( 1849-1936) merupakan seorang ahli fisiologi, psikologi dan juga perubatan. Beliau berasal dari Negara Rusia dan sumbanganya dalam bidang psikologi ialah pelaziman klasik, iaitu teori tentang bagaimana seseorang individu itu belajar dan menguasai tingkah laku. Salah satu eksperimen yang dilaksanakan oleh beliau untuk membuktikan teori ini ialah dengan anjing dan sumbangan beliau dalam bidang sains dan psikologi telah berjaya mendapatkan anugerah Nobel pada tahun 1904. Teori beliau ialah berasaskan tingkah laku eksplisit iaitu perlakuan di mana boleh melihat apa yang berlaku yang ditunjukkan oleh seseorang individu. Hal ini kerana perlakuan yang dilihat tersebut, boleh diukur dan juga di nilai dalam sesuatu kajian itu. Di samping itu, fikiran dan cara minda seseorang beroperasi juga boleh diramal melalui perlakuan seseorang individu itu. Beliau juga menyatakan tindak balas automatik berlaku disebabkan oleh sesuatu rangsangan daripada persekitaran dan ia boleh diubah dengan memanipulasikan ransangan dan ini disebut sebagai pelaziman. Model Pelaziman beliau mempunyai tiga peringkat iaitu Peringkat Sebelum Pelaziman, Peringkat Semasa Pelaziman dan Peringkat Selepas Pelaziman.
Peringkat pertama beliau ialah peringkat sebelum pelaziman. Peringkat ini merujuk kepada satu keadaan semulajadi di mana keadaan sesuatu organisma itu menunjukkan reaksi-reaksi yang berlaku secara semulajadi dan dalam peringkat ini, eksperimen beliau melibatkan tiga elemen iaitu anjing, makanan dan juga loceng. Model ini disebut sebagai “how dog training works- behavior theory”. Dalam teori ini, anjing ditunjukkan makanan yang dianggap sebagai satu jenis rangsangan baginya, air liur pula meleleh daripada mulut anjing itu yang dianggap sebagai gerak balas tak terlazim, yang bermakna satu reaksi semulajadi. Apabila Pavlov membunyikan loceng pada peringkat ini , dimana satu lagi jenis rangsangan iaitu bunyi loceng, maka ia tidak membawa sebarang gerak balas iaitu gerak balas tak terlazim iaitu tiada respon daripada anjing tersebut.
Peringkat kedua ialah peringkat semasa pelaziman. Dalam peringkat ini, Pavlov cuba menukar keadaan semulajadi sebelum ini bagi melihat perubahan tingkah laku dalam di anjing tersebut iaitu sebelum menghidangkan makanan kepada anjing itu, beliau membunyikan loceng dan perbuatan ini dilakukan beberapa kali dan diulangi. Dengan ini, anjing tersebut belajar untuk mengaitkan bunyi loceng yang dibunyikan oleh beliau dengan makanan yang dihidangkannya iaitu rangsangan terlazim.
Peringkat yang terakhirnya ialah peringkat selepas pelaziman. Dalam peringkat ini, anjing tersebut memperolehi satu siri tingkah laku yang baru dalam tindakan membunyikan loceng dan pemberian makanan selepas bunyi loceng oleh Pavlov yang diulangi beberapa kali ini menyebabkan anjing tersebut belajar iaitu bunyi loceng berkait rapat dengan makanan yang diberikan oleh tuannya. Selepas itu, air liur anjing tersebut terus mengalir keluar iaitu dianggap sebagai gerak balas terlazim apabila mendengar bunyi loceng iaitu rangsangan terlazim walaupun Pavlov tidak mengeluarkan sebarang makanan bagi anjing tersebut. Mengikut teori beliau, setiap rangsangan ini menimbulkan gerak balas daripada seseorang individu dan manusia akan memberi respon apabila sesuatu rangsangan yang menarik minat mereka ditunjukkan atau pun diulangi. Terdapat beberapa implikasi daripada teori Pavlov ini khususnya dalam bilik darjah iaitu reaksi seperti ini akan membawa pembelajaran akibat perkaitan yang dibuat antara rangsangan dan gerak balas. Sebagai contohnya, seorang guru yang mengendalikan pengajarannya dalm teknik-teknik yang merangsangkan akan menarik minat dan perhatian para murid. Oleh itu, murid-murid akan merasa ceria apabila guru tersebut masuk ke kelas mereka dan semestinya pengajaran guru tersebut akan menjadi menarik serta menyeronokkan. Pengajaran berasaskan teori ini juga booleh diperkukuhkan melalui latihan dan juga ulangan beberapa kali. Apabila bercakap tentang perubahan pada perlakuan murid, prinsip rangsangan dan gerak balas juga boleh diaplikasikan untuk membawa perubahan positif serta mengelakkan perlakuan negatif di kalangan murid-murid.
Teori Pavlov juga mempunyai empat fasa yang dilalui oleh seseorang individu untuk menguasai ataupun mengubah tingkah laku mereka. Empat fasa tersebut ialah fasa perolehan, fasa penghapusan, fasa diskriminasi dan fasa generalisasi. Pertamanya ialah fasa perolehan. Fasa perolehan merupakan fasa di mana fasa permulaan pembelajaran sesuatu gerak balas kepada sesuatu rangsangan. Fasa perolehan ini merupakan proses ulangan seusatu perlakuan yang mengaitkan gerak balas dengan seusatu rangsangan. Sesuatu pembelajaarn itu menjadi lebih kukuh lagi apbila teori pelaziman ini dikuatkan dengan ulangan secara berulang kali. Sebagai contohnya, dalam eksperimen Pavlov, anjing itu belajar untuk mengeluarkan air liur setelah kedengaran bunyi loceng dan pembelajaran ini berlaku apabila anjing tersebut diajar secara beurlang kali untuk mendengar bunyi loceng sebelum menerima makanan tersebut. Menurut Pavlov juga, beliau berasa amat sukar untuk meramalkan beberapa kali sesuatu rangsangan dan gerak balas yang perlu diulangi sebelum ia menjadi pembelajaran perlakuan yang kukuh. Dalam sesuatu situasi itu, pembelajaran boleh berlaku dengan serta merta. Sebagai contohnya, anak yang tersentuh sebuah periuk yang panas akan sentiasa takut mendekati periuk tersebut. Oleh itu, beliau merumuskan bahawa pembelajaran berlaku melalui satu siri ulangan tingkah laku yang sama. Fasa kedua ialah fasa penghapusan. Fasa ini berlaku apabila organisma yang telah mempelajari sesuatu gerak balas melalui peneguhan, tidak lagi menerima rangsangan yang meneguhkan dan jika sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti dengan rangsanagn tak terlazim, maka perlakuan tersebut tidak akan diulangi lagi. Dalam fasa penghapusan ini, anjing tidak menerima makanan iaitu rangsangan tak terlazim apbila loceng dibunyikan dan lama kelamaan, anjing tidak akan mengeluarkan air liur, iaitu tiada apa-apa gerak balas apabila anjing mendengar bunyi loceng iaitu rangsangan terlazim.
Seterusnya ialah fasa pembezaan atau pun diskriminasi. Dalam fasa diskriminasi, seseorang individu dapat mebezakan tidak balas untuk situasi atau rangsangan yang berlainan. Hal ini kerana anjing dalam eksperimen Pavlov belajar untuk membezakan bunyi loceng daripada bunyi yang lain melalui proses pelaziman. Dalam fasa diskriminasi, anjing tidak menunjukkan sebarang gerak balas apabila mendengar bunyi-bunyi yang lain seperti bunyi gendang. Dalam eksperimen ini, apabila Pavlov membunyikan bunyi gendang, anjing tidak lagi mengeluarkan air liurnya dan ini menunjukkan bahawa anjing tersebut sudah belajar untuk membezakan di antara bunyi loceng dengan bunyi gendang. Fasa yang terakhirnya ialah fasa kesimpulan atau pun generalisasi. Fasa generalisasi ini merupakan satu gerak balas terlazim yang dipelajari daripada satu keadaan tetapi yang dapat diaplikasikan kepada semua situasi lain yang sama atau hamper sama. Di samping itu, pembelajaran juga boleh menghasilkan dua jenis tabiat atau perlakuan iaitu tabiat baik atau buruk. Sesuatu tabiat yang baik akan dimurnikan pemahamannya melalui diskriminasi dan generalisasi untuk mengembangkan penggunaannya di dalam situasi –situasi lain yang serupa. Manakala, semua tabiat buruk dalam diri seseorang boleh dihapuskan melalui proses pelaziman.
Teori pelaziman klasik Pavlov masih lagi diaplikasikan dalam bilik darjah untuk mengaitkan sesuatu rangsangan dengan aktiviti pembelajaran supaya murid-murid menguasai sesuatu mata pelajaran. Teori ini juga amat berkesan dengan kanak-kanak yang masih kecil yang perlu belajar sesuatu secara latih tubi atau pun secara ulangan. Terdapat pelbagai cara untuk seseorang guru bagi mengaplikasikan teori ini di dalam bilik darjah. Pertamanya ialah seseorang guru perlu menggunakan salah satu cara seperti memberi pujian dan bintang bagi memberi rangsangan kepada murid-murid yang berjaya menyaipkan latihan iaitu gerak balas dalam diri seseorang murid itu. Seterusnya ialah mendapat masa rehat yang agak lebih lama iaitu dianggap sebagai satu rangsangan juga jikalau murid-murid senyap dan tidak membuat bising selepas aktiviti pembelajaran yang dianggap sebagai satu gerak balas bagi seseorang murid itu. Selain daripada itu, satu lagi cara yang boleh digunakan oleh seorang guru ialah murid-murid dapat diskriminasi antara loceng yang berbunyi untuk masa rehat dan siren sekolah untuk kecemasan dan yang terakhirnya ialah murid-murid memahami beberapa tanda isyarat yang ditunjukkan oleh seseorang guru setiap hari . Sebagai contohnya, murid-murid akan duduk dengan senyap dengan serta merta iaitu dikira sebagai gerak balas apabila seseorang guru setiap hari apabila melihat seseorang guru itu meletakkan jari di atas bibirnya iaitu dianggap sebagai satu rangsangan.
Teori behavior yang kedua dipelopori oleh Watson. Nama penuh beliau ialah John B Watson (1878-1958) yang dilahirkan di Greenville, South Carolina, USA. Beliau telah bekerja sebagai seorang professor psikologi dan telah melanjutkan penyelidikan Pavlov denagn menguji teori pelaziman dengan manusia. Watson telah memperkenalkan istialh baru beliau iaitu ‘behavourisme’ yang merujuk kepada tingkah laku seseorang manusia. Eksperimen beliau yang terkenal ialah yang melibatkan kontroversial iaitu ‘Little Albert di mana ia melibatkan seorang bayi yang berumur 11 bulan. Dalam eksperimen tersebut, Watson bertujuan untuk menunjukkan atau pun menimbulkan  gerak balas terlazim yang mengakibatkan bayi tersebut berasa takut kepada seekor tikus yang berwarna putih. Kajian beliau telah dijalankan dengan memainkan satu bunyi yang agak kuat untuk menakutkan bayi Albert semasa bayi tersebut bermain dengan tikus yang berwarna putih itu. Pada mulanya, Albert tidak takut dengan tikus putih itu, tetapi apabila perbuatan ini dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang, maka bayi itu pun telah menangis secara teresak-esak. Justeru itu, Albert telah belajar untuk mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang menakutkan. Menurut teori Watson juga, tingkah laku merupakan satu siri urutan gerak balas terlazim terhadap rangsangan daripada persekitaran. Rangsangan ini dapat dilihat dan ditukar mengikut tujuan-tujuan yang spesifik.
Menurut Watson juga, pembentukkan tingkah laku adalah berbeza dengan proses mental yang amat subjektif dan berlaku dalam keadaan yang agak abstrak. Ia boleh dimanipulasikan dengan rangsangan-rangsangan yang berbeza. Berdasarkan penyelidikan Watson, seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran dengan menentukan pelbagai jenis rangsangan dalam pengajarannya. Guru-guru juga boleh menentukan jenis gerak balas yang diinggini oleh murid-murid dan menyediakan rangsangan yang sejajar dengannya. Dengan menggabungkan rangsangan dan gerak balas yang diinggini oleh para murid, guru-guru boleh mengajar pelbagai topik pengajaran secara berkesan dan efektif.
Teori yang seterusnya ialah teori pelaziman cuba jaya thorndike. Nama penuh beliau ialah Edward Lee Thorndike (1874-1949) yang merupakan seorang pakar psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan dan psikologi. Beliau telah menyarankan konsep bahawa segala tindakan manusia adalah bertujuan social denagn matlamat- matlamat tertentu. Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran mesti bermatlamat social, iaitu tujuan pembelajarannya mesti sentiasa memanfaatkan masyarakat di sekitarnya. Selain daripada itu, Thorndike juga telah menjalankan beberapa kajian dan mengutarakan ‘pembelajaran cuba jaya’ iaitu ‘trial and error learning’. Bagi beliau, prinsip-prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda. Sesuatu organisma akan membuat sesuatu yang akan menyeronokkannya atau membawa keseronokkan. Sebaliknya, organisma akan mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri. Menurut beliau juga pemberian ganjaran akan mendorong sesuatu organosma mengulangi sesuatu gerak balas manakala dendaan pula akan menyekatnya daripada melakukan sesuatu gerak balas. Beliau juga mengemukakan istilah baru iaitu ‘stamping in’ yang membawa maksud saling berkaitan untuk menerangkan proses pembelajaran yang berlaku pada seseorang individu yang dihuraikan dalam eksperimen beliau denagn kotak ajaib dan seekor kucing. Beliau juga berpendapat bahawa pembelajaran adalah merupakan satu proses pembentukkan hubungan atau saling berkaitan antara sesuatu rangsangan dan juga tindak balas.
Di samping itu, dalam kajian beliau dengan kucing secara cuba jaya telah berjaya menekan selak yang membuka pintu dalam sesebuah kotak itu. Kucing telah cuba-jaya beberapa kali sehingga mendapat rangsangan yang diinggini iaitu keluar daripada kotak tersebut dan kucing itu akan mengaitkan aksi tekanan selak denagn membuka pintu dalam sebuah kotak. Kucing tersebut telah cuba-jaya sebanyak beberapa kali sehingga mendapat rangsangan yang diinggini iaitu keluar daripada kotak tersebut. Kucing tersebut akan dikaitkan dengan aksi tekanan selak dengan membuka pintu, iaitu mengaitkan sesuatu rangsanagn dengan sesuatu gerak balas dan ia menggunakan pelbagai akal untuk membuat sesuatu hubungan tersebut. Dalam kajian ini juga beliau telah mengemukakan beberapa prinsip dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip teori beliau boleh dirumuskannya seperti proses pembelajaran memerlukan latihan berulangan serta ganjaran yang berpatutan. Sebagai contohnya hukum kesan dan hukum latihan dan beliau menyatakan pembelajaran berlaku secara cuba jaya iaitu ‘trial and error’. Selain daripada itu, beliau juga menyatakan jika beberapa tindakan berturutan itu adalah sama, maka semua gerak balas berikutan dengannya boleh digabungkan iaitu menerusi hukum kesediaan. Ganjaran atau pun peneguhan positif juga boleh mendorong manusia untuk melakukan sesuatu gerak balas ataupun tindak balas yang positif. Di samping itu, denda ataupun peneguhan negative pula menghalang manusia daripada melakukan sesuatu gerak balas atau pun tindak balas yang tidak diingini dan organisma-organisma beroperasi atau bertindak dalam persekitaran untuk menghasilkan sesuatu yang positif kerana mendapat peneguhan yang berunsur positif. Selain daripada itu, organisma juga akan melakukan pengukuhan secara sukarela dan pemindahan pembelajaran berlaku kerana pengalaman lalu yang ada pada seseorang individu itu. Akhirnya ialah kepintaran seseorang individu itu bergantung kepada perkaitan antara rangsangan dan gerak balas yang telah dipelajari sepanjang hayatnya.
Terdapat tiga hukuman yang ditetapkan oleh thorndike dalam teorinya. Hukum yang pertama ialah hukum kesan. Hukum kesan merupakan gerak balas kepada sesuatu rangsangan memuaskan yang diikuti dengan ganjaran yang akan mengukuhkan gerak balas tersebut dan lama-kelamaan ia akan menjadi sebagai satu tabiat kepada rangsangan ini. Hubungan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan ataupun menyeronokkkan selepas sahaja sesuatu gerak balas itu dihasilkan. Sebagai contohnya, jika pujian diberi sebaik sahaja murid memberi sesuatu jawapan itu dengan betul, ini akan menyebabkan dia berasa seronok dan akan seterusnya murid tersebut akan berusaha untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, sesuatu tingkah laku itu diikuti dengan kesakitan ataupun kedukaan maka ia akan lenyap begitu sahaja. Seseorang murid akan mengelakkan dirinya daripada menjawap mahupun bercakap di dalam kelas dalam bahasa ibunda kerana takut didenda oleh guru-guru yang mengajar bahasa-bahasa lain. Hukum yang kedua ialah hukum kesediaan . Hukum kesediaan merupakan beberapa gerak balas yang boleh digabungkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Ketidakpuasan berlaku apabila seseorang individu itu tidak mencapai matlamat tersebut. Hukum kesediaan juga merujuk kepada tahap kesediaan yang tetap dan pada seseorang individu sebelum dia bertindak. Apabila murid-murid berada dalam keadaan bersedia mereka akan berasa puas hati untuk bertindak dan murid-murid juga akan berasa kecewa sekiranya mereka belum bersedia untuk bertindak. Oleh itu, apabila seseorang guru itu menyuruh anak muridnya untuk melakukan sesuatu tugasan dan mereka tidak bersedia untuk melakukannya, maka anak murid tersebut pasti akan berasa kecewa. Salah satu implikasi yang penting bagi hukum ini ialah seseorang guru itu perlu melihat tahap kesediaan seseorang murid sebelum melaksanakan sesuatu proses pengajaran dalam bilik darjah.
Hukum yang ketiga ialah hukum latihan. Hukum latihan merujuk kepada pertalian antara sesuatu rangsangan dan gerak balas yang dapat diperkukuhkan dengan peningkatan aktiviti seperti latihan-latihan. Sebaliknya, perhubungan ini boleh diputuskan jika latihan-latihan tersebut dikurangkan atau diberhentikan oleh seseorang guru itu. Perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh apabila murid-murid melakukan sesuatu latihan secara berulang kali. Sebagai contohnya, guru-guru memberikan banyak latihan untuk memperkukuhkan lagi sesuatu konsep yang diajar ataupun sukar. Guru-guru juga harus memuji murid-murid mereka apabila mereka membuat banyak latihan dan pada masa yang sama memarahi mereka sekiranya mereka tidak membuat latihan-latihan tersebut. Justeru itu, kesan-kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian di antara rangsangan dan gerak balas. Kita juga boleh merumuskan bahawa sesuatu tingkah laku yang diikuti dengan kepuasan akan diulangi dan jika sesuatu tindakan itu diikuti dengan kesakitan, maka perbuatan itu akan dihentikan. Implikasi teori ini dalam konteks bilik darjah ialah guru –guru perlu mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, guru-guru juga mesti memastikan bahawa murid-murid bersedia sebelum mengajar sesuatu konsep baru dan guru-guru juga harus memberikan pelbagai jenis ganjaran atau peneguhan yang positif kepada murid-murid yang menyiapkan sebarang latihan dengan betul.
 Thorndike juga telah menyumbang kepada pelbagai aspek pendidikan. Di antara pencapaian beliau ialah kaedah penilaian, teori perhubungan dan teori pemelajaran terkenal beliau. Sejak 1903, Thorndike telah menggunakan penilaian objektif untuk menilai kepintaran manusia. Beliau telah membangunkan beberapa kaedah penilaian untuk mengukur kebolehan dan pencapaian seseorang individu. Dalam tahun 1920-an, beliau telah membangunkan CAVD( completion, arithmetic,vocabulary and direction intelligence test), sebuah alat yang mengukur pengiraan, bahasa dan pemberian arahan.Beliau juga telah memperkenalkan teori perhubungan iaitu connectionism. Beliau telah menemui teori perhubungan psikologi iaitu perkaitan yang berlaku pada peringkat neural atau urat saraf yang disebabkan oleh pengalaman dan kebijaksanaan intelek manusia. Minda juga mempunyai kebolehan untuk membina perhubungan di antara rangsangan yang dijangkakan bagi sesuatu gerak balas. Seseorang individu itu mempunyai intelek dan kebolehan yang tinggi mempunyai lebih banyak ‘perikatan neural’ daripada individu-individu yang berkebolehan rendah. Mengikut thorndike, pembentukan perikatan neural ini berdasarkan keturunan atau genetic seseorang individu dan beliau juga berpendapat bahawa kualiti intelek diperoleh daripada pendedahan dan pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Beliau juga mempercayai pengukuran kecerdasan tidak boleh diasingkan daripada latar belakang kebudayaan seseorang dan beliau telah mengembangkan kefahaman dalam bidang pendiidkan, khasnya matematik,ejaan dan membaca. Di samping itu, beliau juga telah memperluaskan teori beliau untuk mengkaji pengukuran kecerdasan (IQ) dan gaya pembelajaran orang dewasa.
Teori yang seterusnya ialah teori pelaziman operan skinner. Nama penuh beliau ialah Burrhus F. Skinner (1904-1990). Beliau merupakan seorang ahli psilologi terkenal di amerika dalam abad ke 20. Pemikiran beliau dipengaruhi oleh penyelidikan –penyelidikan yang telah dijalankan oleh Pavlov, Watson, Thorndike dan beberapa ahli psikologi lagi dan turut meluaskan kajian pelaziman dan memperkenalkan istilah’operan’ dalam bidang psikologi yang membawa maksud ‘bertindak ke atas’. Teori beliau juga telah dihuraikan dalam buku pertamanya ‘the behavior of organisms’ dalam tahun 1938. Beliau telah menjalankan beberapa eksperimen dengan binatang-binatang seperti tikus dan burung merpati dan telah membuat satu generalisasi mengenai tingkah laku manusia yang menjadi asas kepada teori pelaziman operan beliau. Beliau juga telah menghasilkan sebuah kotak iaitu ‘skinner’s box’ yang digunakan untuk merekod pemerhatian tingkah laku seekor tikus. Skinner juga berpendapat bahawa perubahan pada perlakuan individu adalah ahsil daripada tindak balas kepada rangsangan-rangsanagn daripada tindak balas daripada persekitarannya. Teori ini juga merujuk kepada sesuatu organisma yang beroperasi dalam persekitaranya dengan pilihan untuk bertindak balas kepada rangsangan ini kerana organisma akan melakukan tindakan tersebut dan jika gerak balasnya membawa kesakitan, organisma tidak akan melakukannya.
Skinner juga telah memerhatiakn bahawa sesuatu tingkah laku itu muncul daripada apa yang berlaku selepas bertindak balas kepada sesuatu rangsangan iaitu sama ada ganjaran atau denda yang didapati untuk tindak balas tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu gerak balas boleh diperkukuhkan atau dihapuskan dengan peneguhan positif atau negative. Peneguhan positif merupakan rangsangan yang diberikan oleh guru yang menyebabkan murid untuk mengulangi atau mengurangi sesuatu tingkah laku. Sebagai contohnya, apabila guru memuji seseorang murid itu maka murid tersebut akan mengulanginya. Di samping itu,beliau juga mengutamakan prinsip-prinsip Premack iaitu denda dan penghapusan. Prinsip ini merujuk kepada pemberian aktiviti yang kurang meminati oleh murid-murid untuk mengukuhkan tingkah laku yang diinggini atau positif. Mengikut skinner, sebarang aktiviti yang membawa ganjaran yang tinggi digunakan untuk mengukuhkan aktiviti-aktiviti yang membawa ganjaran yang lebih rendah. Sebagai contohnya, guru-guru menyedaikan aktiviti kuiz yang menyeronokkan dengan syarat murid-muridnya menghabiskan semua kerja rumahnya pada waktu rehat di sekolah. Selain daripada itu, seorang ibu juga boleh menggunakan pendekatan positif apabila anaknya enggan mengemaskan bilik tidurnya dengan memberikan hadiah-hadiah yang disukainya. Peneguhan negative pula merujuk kepada rangsanga ynag digunakan oleh guru untuk mengelakkan pengulangan sesuatu tingkah laku di kalangan murid yang terdiri daripada penghapusan atau denda.
Denda merupakan satu proses untuk melemahkan sesuatu tingkah laku yang tidak diinggini. Denda boleh dilaksanakan dengan dua cara iaitu dengan memberi rangsangan-rangsangan yang menyakirkan seperti merotan. Cara yang kedua ialah dengan menarik balik sesautu yang digemari oleh murid-murid seperti tidak membenarkan mereka keluar bermain atau tidak dibenarkan menonton televisyen sepanjang hari. Satu lagi prinsip penting yang diutarakan oleh skinner ialah penghapusan. Sesuatu tingkah laku yang tidak diberi peneguhan positif lama-kelamaanakan hapus dengan tersendirinya dan tingkah laku yang kurang diinggini di kalangan murid-murid boleh dihapuskan sekiranya guru-guru tidak memberi sebarang peneguhan. Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang diutarakan oleh teori pelaziman operan skinner. Pertamanya ialah tingkah laku yang diperkukuhkan oleh guru secara positif akan diulang dan pengukuhan secara bersela lebih berkesan daripada yang diberi secara kerap. Di samping itu, ganjaran juga harus disampaikan sedikit demi sedikit oleh seseorang guru agar gerak balas dan tingkah laku yang dikehendaki boleh diperkukuhkan dan proses ini dinamakan sebagai ‘shapin’ iaitu pembentukan tingkah laku secara beransur-ansur tehadap tingkah laku muktamad yang diinggini.
Menerut skinner, dalam proses pembelajaran guru-guru akan menghadapi pelbagai jenis halangan dan guru-guru boleh mengatasi pelbagai masalah yang berlaku dalam bilik darjah dengan mengaplikasikan teori pelaziman operan ini. Salah satu halangan dalam proses pembelajaran adalah murid-murid menghadapi kegagalan dalam menjalankan sesuatu tugasan dan guru-guru boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan maklum balas sebaik sahaja murid menyiapkan tugasan mereka dan mereka juga harus menyemak latihan yang disiapkan oleh murid serta merta. Halangan yang seterusnya ialah tugasan pembelajaran yang sukar menyebabkan murid berasa tertekan. Cara mengatasi masalah ini adalah sesuatu tugas pembelajaran harus dibahagikan kepada langkah-langkah yang kecil agar murid-murid dapat mudah menyelesaikannya. Selain daripada itu, murid juga mengalami masalah apabila menerima arahan guru yang kurang lengkap dan tepat untuk sesuatu tugasan dalam kelas dan untuk menyelesaikan masalah ini, guru-guru harus mengulangi arahan-arahan guru dengan jelas dan tepat beberapa kali di dalam kelas mereka. Di samping itu, pengajaran guru yang kurang sistematik dan mengelirukan para murid merupakan satu lagi masalah yang dihaddapi dalam proses pembelajaran dan penyelesaiannya ialah guru-guru mesti menyusun isi pengajaran dari mudah kepada kompleks supaya murid-murid dapat mengecapi pembelajaran secara berperingkat-peringkat. Akhir sekali, pemberian peneguhan positif adalah amat kurang di dalan bilik darjah. Oleh itu, guru-guru perlu mengamalkan lebih banyak peneguhan positif di dalam bilik dajah masing-masing.
Pada masa kini, teori skinner telah banyak digunakan dalam bidang pendidikan untuk mengatasi fobia dan penyakit jiwa. Selain daripada itu, bahan pengajaran dan pembelajaran yang berbantu berasaskan computer berasaskan teori skinner digunakan dengan meluas kerana ia memberikan maklum balas serta merta kepada para murid. Pada masa yang sama, pengajaran bagi murid-murid yang kurang upaya dan murid-murid autistic adalah berasaskan prinsip-prinsip teori skinner yang lebih berkesan dan efektif. Bagi mengelakkan kemalangan berlaku di tempat kerja, khasnya di kawasan industry, ganjaran dan denda digunakan sebagai prinsip-prinsip untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan. Walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam teori skinner, ia masih memainkan peranan penting dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.
Teori pembelajaran yang seterusnya ialah kognitif. Teori pembelajaran kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahan-perubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang. Teori ini menerangkan bahawa pembelajaran berlaku akibat pemprosesan yang berlaku dalam minda seseorang itu. Ahli-ahli kognitif membawa pandangan baru dalam tahun 1960-an untuk mengantikan teori behaviourisme yang menumpu kepada rangsangan-rangsangan luaran. Ahli-ahli itu juga mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman, iaitu fikiran, ingatan, pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam pembentukkan skema manusia. Teori-teori kognitif juga melibatkan kajian-kajian proses mental yang digunakan untuk memahami, mengetahui dan membina pengamatan. Proses-proses ini didorong oleh naluri ingin tahu dalam diri seseorang individu. Manusia juga sering ingin tahu mengenai persekitaran mereka dan menimba ilmu serta kefahaman mereka mengenainya. Ahli-ahli kognitif pula berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia dan mereka tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran telah berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah laku seseorang individu. Proses dalaman ini merujuk kepada pemikiran, celik akal, pemprosesan maklumat, ingatan dan pengamatan.
Terdapat beberapa jenis teori kognitif. Jenis teori yang pertamanya ialah teori Gestalt Wolfgang kohler (188-1967) di mana beliau menekankan struktur kognitif yang otak yang akan menyusun maklumat-makluamat yang terasing sebagai satu organisasi, individu menggunakan celik akal untuk menambahkan meklumat kepada pengalaman dan input melalui anggota deria untuk menghasilkan gambaran baru. Seterusnya ialah teori pembelajaran Jean piaget (1849-1936) yang menyatakan tiga konsep utama beliau iaitu skema, asimilasi dan akomodasi yang memperjelaskan perkembangan mental manusia. Selain daripada itu, teori yang seterusnya ialah teori pemprosesan maklumat Robert Gagne (1916-2002) di mana beliau memadankan perhubungan di antara aras-aras pembelajaran dengan corak-corak pengajaran yang sesuai. Teori pembentukan konsep Jerome s bruner (1915-2009) pula menyatakan tentang individu-individu menyusun idea-idea dengan melihat perkaitan di antara mereka. Teori yang akhirnya ialah teori penemuan David Ausubel(1918-2008) di mana teori ini menekankan pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku sekiranya maklumat dan bahan-bahan pembelajaran disusun atur dalam bentuk yang lengkap dan sempurna. Beliau juga telah memperkenalkan penyusunan awal iaitu advance organizer.
Ahli teori kognitif yang pertama ialah Gestalt Wolfgang kohler (188-1967) . beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman yang telah menjalankna penyelidikan bersama-sama dengan max Wertheimer dan kurt koffka dalam bidang teori psikologi Gestalt. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jermann yang bermaksud bentuk,organisasi pola atau pun konfigurasi dan menyatakan sesuatu pengalaman bergantung kepada rangsangan dan susunan pengalaman. Pendekatan ini memfokuskan kepada cara pemikiran manusia dan ia melibatkan pengamatan,proses pembelajaran seseorang individu dan proses pemahaman. Proses pemahaman dapat menentukan makna atau maksud sesuatu fenomena sekiranya individu mengkaji elemen-elemen secara terkumpul bersama dan menjadikannya sebagai satu kofigurasi atau organisasi yang menyeluruh. Ini juga dirujuk sebagai pembelajaran celik akal. Beliau menyatakan proses celik akal tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan tidak berlaku sebagai pemindahan pembelajaran dan melihat kebolehan individu untuk mengamati atau memahami seusatu masalah secara tiba--tiba setelah berjaya mengaitkan unsur-unsur yang relevan. Konsep celik akal ini juga perlu diaplikasikan oleh para guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran dan mereka perlu mendorong murid-murid untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang cemerlang juga akan sentiasa memastikan murid-murid membina kebolehan untuk membuat perbandingan antara konsep-konsep yang sukar dan pada masa yang sama, guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk membuat pengukuhan sendiri. Dalam hal ini, murid-murid perlu menyelesaikan kerja rumah secara sendiri tanpa bantuan ibu bapa mereka.
Pemerhatian dan peneguhan daripada guru-guru secara positif akan merangsangkan murid untuk berusaha dengan gigih dan menyiapkan tugasan walaupun tugasan tersebut sangat sukar. Guru-guru juga harus menyediakan alat dan bahan bantuan mengajar yang sesuai untuk mendorong muird-murid untuk mencapai kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa ciri-ciri pembelajaran celik akal seperti penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba, idea-idea timbul semasa memikirkan mengenai sesuatu isu atau pun perkara. Seterusnya, soalan dan rangsangan yang sesuai boleh mendorong dalam proses ini dan guru-guru harus mengemukakan contoh-contoh bersesuaian yang mudah difahami oleh murid-murid. Maklumat yang diterima oleh murid-murid juga harus bersistematik dan mengikuti urutan kesinambungan yang bersepadu serta amalan mebuat refleksi dan meta-kognisi dapat mencungkil fikiran dan celik akal para murid. Seterusnya guru—guru juga tidak perlu memberi terlalu banyak penerangan tetapi berperanan menjadi sebagai seorang fasilitator dan beliau perlu menggalakkan pemikiran kritikal an kreatif di dalam bilik darjah. Murid-murid juga mesti didedahkan kepada pelbagai latihan untuk melihat unsur-unsur ynag berkaitan dari persekitaran dan membuat keputusan yang munasabah.  Murid-murid juga mesti digalakkan untuk membuat analisis alternative sebelum membuat sesuatu keputusan dan guru-guru perlu mengurus murid-murid dari segi emosi, tingkah laku dan disiplin bagi membolehkan setiap sesi pembelajaran bagi berjalan dengan lancar. Hasil dari pengawasan ini, murid-murid yang bermotivasi dan yang dapat memberi tumpuan dalam proses pembelajaran akan dilahirkan. Kesimpulannya, proses kognitif perlu dititikberatkan oleh guru-guru dan perlu diterapkan di sekolah bagi memudahkan murid-murid untuk mengingati perkara yang telah dipelajarinya. Melalui cara ini juga mereka dapat mengaplikasikan pelajaran dengan lebih baik dan berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif.
Jean piaget pula memperkenalkan teori pembelajaran piaget ( 1896-1980) yang merupakan warga swiss yang dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak. Beeliau merupakan seorang tokoh yang menyumbang paling banyak dalam abad ke 20 dan penyelidikkannya berdasarkan ketiga-tiga anaknya sejak mereka dilahirkan untuk mengkaji proses perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget juga telah bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental ( ujian IQ) dan telah memerhatikan cara kanak-kanak menjawab soalan untuk memahami cara pemikiran mereka berkembang di kalangan mereka. Ekoran daripada itu, piaget telah mengemukakan teori perkembangan kognitif kanak-kanak dan teori beliau adalah berdasarkan fakta bahawa dari peringkat lahir, kanak-kanak menguasai pengetahuan dan kemahiran secara berperingkat bersama-sama dengan pertumbuhan fizikal mereka. Kanak-kanak juga telah membina struktur pemikiran atau ‘peta mental’, skema dan konsep-konsep yang berkaitan untuk memahami alam persekitaran mereka dan beliau telah menegaskan bahawa kognitif semakin lama menjadi semakin kompleks. Terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam teori kognitif piaget. Piaget telah mengemukakan empat peringkat perkembangan kognitif yang utama iaitu sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan juga operasi formal. Menurut beliau, semua kanak-kanak mesti melalui keempat-empat peringkat ini dalam urutan yang sama, akan tetapi kadar masa yang sama di ambil untuk mencapaisetiap peringkat yang mungkin berbeza –beza di antara mereka.
Peringkat yang pertama ialah sensori motor.  Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitrannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Diantara 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunkan berbagai-bagai skema (struktur menyelesaikan masalah yang dia hadapi). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi berumur sebelum Sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan setelah diperhatikan objek tersebut sebelumya. Pada tahap ini, bayi akan melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa dan bayi tersebut mula mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya dan kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku yang dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensori motor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur-umur yang tertentu. Tahap yang pertama ialah dari lahir hingga satu bulan. Pada tahap ini bayi hanya akan mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan apabila seseorang bayi itu lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi. Tahap yang kedua ialah Sebulan hingga empat bulan. Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian-bahagian badannya yang tertentu. Pada tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku seseorang kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
Tahap yang seterusnya ialah empat hingga lapan bulan. Pada tahap ini bayi –bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian mereka akan terjadi lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi akan dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut. Selain daripada itu, pada umur Lapan hingga dua belas bulan dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. Seterusnya ialah Dua belas bulan hingga lapan belas bulan. Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. Tahap Lapan belas bulan hingga dua tahun. Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.
Peringkat kedua ialah peringkat pra-operasi iaitu 2 hingga 7 Tahun. Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta symbol untuk mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanaktelah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh memikir secara deduktif (daripada umum kepada contoh khusus) dan secara induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya member sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.
Peringkat yang ketiga ialah peringkat operasi konkrit. Iaitu 7 hingga 11 Tahun. Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun hingga 11 tahun. Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti computer, perabot dan benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperi rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.Seterusnya, menggunakan skema dalaman untuk member panduan tentang penaakul daripa bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengsplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.
Selain daripada itu, terdapat juga peringkat operasi formal iaitu 11 tahun dan k e atas. Tahap operasi formal bermula umur 11 tahun dan ke atas dan seterusnya melibatkan operasi mental pada yang abstrak dan symbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi yang dihadapinya dengan logic. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanak-kanak. Setiap tahap memasuki tahp baru, kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenal pasti dalam tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan. Dalam peringkat, remaja telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya untuk membuktikan teori atau hukum matematik.
Terdapat juga empat konsep piaget dalam teori kognitif ini yang berkaitan denagn proses pembelajaran iaitu skema, asimilasi , akomodasi dan adaptasi. Skema merujuk kepada struktur mental yang digunakan oleh seseorang kanak-kanak untuk menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur mental juga boleh diubah secara dinamik dan akan sentiasa menyesuaikan diri kepada perkembangan mental dan pembelajaran yang diterima. Skema dapat menjelaskan mengapa seseorang memberikan respon terhadap suatu stimulus dan untuk menjelaskan banyak hal yang berhubungan dengan ingatan.Skema adalah struktur kognitif yang digunakan oleh manusia untuk mengadaptasi diriterhadap lingkungan dan menata lingkungan ini secara intelektual. Adaptasi terdiri atas proses yang saling mengisi antara asimilasi dan akomodasi.
Peringkat kedua ialah asimilasi. Asimilasi merupakan proses kognitif yang mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dalam skema kognitif yang sedia ada. Skema kognitif akan berkembang dengan meningkatnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan konsep-konsep baru dengan bantuan skema struktur kognitif yang tetap ada. Asimilasi juga merupakan suatu proses kognitif, dengan asimilasi seseorang mengintegrasikan bahan-bahan persepsi atau stimulus ke dalam skema yang ada atau tingkah laku yang ada. Asimilasi berlangsung setiap saat. Seseorang itu tidak hanya memproses satu stimulis sahaja, melainkan memproses banyak stimulus. Secara teoritis, asimilasi tidak menghasilkan perubahan skema, tetapi asimilasi mempnagruhi pertumbuhan skemata. Dengan demikianasimilasi adalah bagian dari proses kognitif, denga proses itu individu secara kognitif megadaptsi diri terhadap lingkungan dan menata lingkungan itu.
Peringkat ketiga ialah akomodasi. Akomodasi merujuk kepada satu proses mengubah struktur skema yang sedia ada untuk menyesuaikan kefahaman denagn input atau konsep baru. Akomodasi berlaku apabila skema kognitif tidak dapat mengasimilasikan input baru dari persekitaran dan terpaksa membuat perubahan dengan mengeluarkan pengetahuan lama yang telah dipelajari untuk mengakomodasikan satu ilmu pengetahuan terkini. Justeru itu, skema srtuktur kognitif individu sentiasa berubah dengan pengalaman seseorang yang semakin bertambah. Justeru itu, skema seseorang dewasa lebih luas daripada seseorang kanak-kanak. Seseorang individu akan cuba mengasimilasikan sesuatu kefahaman baru kepada skema yang sedia ada apabila menghadapi dengan sesautu konsep atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi tidak selaras, naluri manusia akan secara semulajadi membina satu skema baru atau mengubahsuai skema yang sedia ada. Skema yang ada boleh diubahsuai supaya rangsangan input baru dapat disesuaikan. Kedua-dua proses ini merupakan sebahagain daripada proses akomodasi. AkomodasiAkomodasi dapat diartikan sebagai penciptaan skemata baru atau pengubahanskemata lama. Asimilasi dan akomodasi terjadi sama-sama saling mengisi pada setiapindividu yang menyesuaikan diri dengan lingkungannya. Proses ini perlu untuk pertumbuhandan perkembangann kognitif. Antara asimilasi dan akomodasi harus ada keserasian dandisebut oleh Piaget adalah keseimbangan.
          Adaptasi juga merupakan satu lagi peringkat di mana struktur skima kognitif yang terus membuat perubahan sehingga mencapai satu tahap keseimbangan di antara asimilasi dan akomodasi dengan persekitaran. Keadaan stabil berlaku apabila kanak-kanak dapat mengaplikasikanapa yang difahami dan dipelajari dalam persekitaran mereka. Justeru itu, skema dijadikan sebagai satu struktur perkembangan kognitif yang berubah menerusi proses-proses asimilasi dan akomodasi sehingga struktur mental menjadi stabil. Kajian dan teori kognitif piaget telah mendapat perhatian dan pengiktirafan yang luas, namun beliau juga menerima kritikan tentang metadologi-metadologi yang digunakan oleh beliau. Walau bagaimanapun, teori piaget ini sangat dihargai dalam bidang pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran kini banyak berdasarkan teori kognitif piaget dalam pelbagai aspek.
          Terdapat beberapa aplikasi yang dicadangkan dalam prinsip piaget di dalam bilik darjah. Di antara cara-cara utama guru-guru dapat mengaplikasikan teori ini dalam bilik darjah ialah melalui susun atur kurikulum. Seseorang guru perlu mengaturkan isi pelajaran secara berperingkat mengikut urutan mudah ke sukar dan dari konkrit ke abstrak. Sukatan pelajaran sekolah rendah di Malaysia kini diatur dari peringkat pra sekolah ke tahun enam berdasarkan peringkat-peringkat dalam teori piaget. Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran matematik, murid-murid belajar operasi mateamtik daripada nombor satu digit kepada dua digit dan kemudian kepada tiga digit. Topic-topik lain di dalam matapelajaran matematik juga disusun dari konkrit ke abstrak seperti dalam tajuk-tajuk waktu dan jam, jarak dan juga jisim yang diajar dalam tahun dua. Selepas belajar konsep-konsep metematik asas, baru murid akan diperkenalkan kepada konsep penyelesaian masalah. Seterusnya ialah guru-guru perlu menyediakan bahan sokongan dan alat bantu pengajaran danpembelajaran yang sesuai dan boleh digunakan dengan aras murid-murid. Guru-guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal persekolahan, kanak-kanak di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan bantu pengajaran yang terdiri daripada objek-objek besar yang senang dilihat dan dimanipulasikan oleh para murid. Di samping itu, pelbagai jenis alat bantu mengajar dan rangsangan diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah disebabkan oleh perkembangan kognitif mereka yang terhad. Bahan-bahan maujud yang digunakan bersama-sama denagn pengajaran guru juga amat berkesan bagi meningkatkan penaakulan kanak-kanak di sekolah rendah.
          Selain daripada itu, guru-guru juga perlu menggunakan contoh-contoh yang konkrit dalam pengajaran dalam bilik darjah. Murid-murid peda peringkat sekolah rendah masih belum bersediamuntuk menyelesaikan masalah-masalah secara abstrak atau situasi pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk hipotesis. Justeru itu, guru-guru perlu mengamalkan banyak contoh-contoh konkrit dan menggunakan anologi-anologi serta perbandingan untuk memudahkan pemahaman murid-murid pada tahap pembelajaran ini. Seterusnya ialah guru-guru mesti memastikan isi pelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang disediakan oleh mereka adalah perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif para murid dan setiap isi tajuk pelajaran perlu disusun serta diperingkatkan dalam aras kesukarannya. Guru-guru juga perlu menyampaikan tajuk pengajaran yang berada dekat dengan pengetahuan dan pengalaman lepas murid-murid kepada konteks pengetahuan dan konsep-konsep yang lebih kompleks serta menyediakan peluang-peluang untuk menikmati pengalaman-pengalaman baru untuk murid-murid mereka.
          Di samping itu, murid-murid juga mesti didedahkan kepada rangsangan-rangsangan yang kreatif seperti seni visual dan tayangan video kerana ia dapat mensimulasikan perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum mesti dirancangkan untuk dirangkaikan dengan perkembangan kognitif murid-murid. Sebagai contohnya, muzik dan tarian dapat mempengaruhi personality murid-murid secara positif. Terakhirnya ialah suasana social. Murid-murid mesti mendapat pengetahuan dan mengembangkan skema kognitif dalam suasana social yang riang dan harmonis. Guru-guru juga harus memastikan suasana bilik darjah sesaui dan sentiasa kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak sekolah rendah.
Guru-guru juga perlu menggalakkan suasana persekitaran bilik darjah hidup di mana mereka akan menukar tema bilik darjah setiap minggu untuk memeaparkan sebuah lautan atau kawasan perhutanan. Murid-murid akan menghiasi bilik darjah masing-masing mengikut tema-tema yang telah ditetapkan oleh guru. Selain daripada itu, guru-guru juga perlu menitikberatkan perkara-perkara seperti susunan kurikulum yang terancang dan sistematik, pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tahap umur –umur untuk meningkatkan pengajaran yang berkesan. Di samping itu, contoh-contoh konkrit juga perlu digunakan supaya murid-murid mengamati sesautu konsep dengan jelas dan pada masa yang sama perlu memastikan suasana yang selamat untuk interaksi harmoni di dalam kelas. Guru-guru juga perlu menetapkan isi pelajaran dari mudah ke sukar dan pelbagai mata pelajaran juga harus mengembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Kesemua perkara ini kan meningkatkan proses pengajaran san pembelajaran dalam bilik darjah di sesebuah sekolah.
video
IVAN PAVLOV-CLASSICAL CONDITIONING

video
Operant conditioning

video
The Little Albert Experiment

video
Thorndike-puzzle box











Tiada ulasan:

Catat Ulasan